Haloooo. Assalamualaikum.
Aku tak habis citer pon tentang sem lepas an.
Tau tau laa ni (sekarang ni) aku da habis semester enammm. Yeayy! Hikhik ^o^
(Segarkan otak)
Kisah permulaan semester 5 aku dibuka lembaran di Langkawi. Banyak nau kisah kat sana actually. Tiba sana hujan. Naim muntah muntah loya tekak. Sebelum tu, tiba kat Jeti Kuala Perlis kami terus pilih amek pakej yg ikut bajet. Maka, kami telah mengambil keputusan amek pakej rm150 which is include transport, motel and island hoping. Bersakan di sana 3D 2N. Ewah~~
__________________________________________________________________________________
Next event, Family Day satu course aku. Diploma in Accounting Information System. Cz (kelas aku) lead untuk event ni. Motif adalah untuk mengeratkan silaturrahim each other gitu. Kitorang pilih hari Jumaat untuk menjayakan event ni atas sebab satu course aku dari kelas A sampai F tiada kelas hari Jumaat. WOOOHA !
Kelas aku lead. Nak nampak lagi eratnya kami ni, Cz bahagikan tugas ikut kelas. So, setiap kelas ada tugas masing masing. Kelas A & B bahagian makanan (breakfast & lunch), C & D (games), E & F (hadiah). So this is fare and square. Hikhik. Alhamdulillah. great first event di mana Tuan Rektor pon join sekali. *Bangga Kejap. :P
Disebabkan Jumaat itu hari penghulu segala hari, kami akhiri event DAIS ESCAPE DAY pada jam 12 tengah hari. Terima Kasih kepada semua dak dak DAIS sudi terlibat dan kongsi keriangan bersama :*
__________________________________________________________________________________
Next, Iftar. Iftar ni adalah upacara wajib setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Kelas aku akan cari satu tarikh dan hari di mana semua ahli Cz berkelapangan untuk attend Iftar. (Majlis Berbuka Puasa)
Tahun lepas, 2013 adalah tahun terakhir sambut Ramadhan bersama. Kami pilih tempat D'Dapur Ibuku Kangar. Setiap tahun sebenarnya lain lain tempat dan lain lain menu juga. Bila teringat balik, tempat masa part 1 kami berbuka bersama adalah kat KFC. Time baru abis Kesat (KOKO). dan.... sambut majlis perpisahan Amalina. :'(( See ! Dari part 1 lagi sebenarnya kita mula NGAM n masyukkk, Cz ! :DD
_________________________________________________________________________________
Lepas Ramadhan? sYAWAL ! yEAYY! Ahaa.
Sempat jugak bebudak lelaki ajak main bunga api + mercun ramai ramai
Maka dengan ini. Kami nekad, lepas solat tarawikh p main kat sebelah gate B uitm. Mampos kalau main dalam uitm. ada yg kene tangkap. silap silap pak guard pon join main. HAHA.Sporting habis malam tu. Dengan gaya Amy yang slumber balik PI tak bukak telekung teros join. Cz Power ! *angkat muscle*
Video akhir tu paling tak boleh bla. Ajet ajet nak buat ucapan raya dengan berlatarkan bunga api yang power, at last dapat nampak muka bangunan kedai je. HAHA. Kira terbaik ah ni. Cz Power ! (sukahati aku la nak ulang banyak kali Power ! )
___________________________________________________________________________________
Last event for 5th semester. Raya !
Sakan sangat event ni ! Sewa 5 kereta. Pastu ada conflict bahawa
kononnya tanak raya sama ngan group kelas lain. KAHKAHKAH ! Aku la tu
orangnya :PP Tapi sebenranya, cekendels je. tade apa :P Sakan raya
sampai ke Kedah naa. Trip konvoi sampai 5 kereta ni aku rasa syok +
bahagia sangat.
Sebelum
hari kejadian tu, semua Cz kene pilih nombor. Sebab tanak puak
kononnya. Nombor tu ikut kereta. 1 kereta min 4 org, max 5 org. HAA. Aku rasa buat cara nombor tu cukup adil sangat. Sebab semua sebenarnya tak puak puak pon. Hahahah.
| Sir Afiq's House |
| Sir Alias's House |
| Sir Alias's House (Indoor) |
| Sir Alias's House (Outdoor) |
| Firdaus's Aunty House |
| Madam Syafinaz's House |
| Photoshoot Cz ! |
Seee ! Meriah sakan woahh! 5 kereta. N see. aku dapat nombor 5. kereta aku dipenuhi jejaka jejaka kacak. (kalau perasan, aku paling kacak dalam kereta tu!) Paling best raya rumah Sir Alias. sebab Sir sediakan bilik lelaki dan perempuan untuk solat dan rehat. Ya Allah, rasa sedih masa nak balik lambai kat Sir. :( Moga tahun ni kami dapat beraya sama lagi ke utara :)) Rakan rakan, abang kakak adik anak Cz, Terima Kasih untuk cerita yang kita coretkan bersama.
Alhamdulillah. Dapat jugak aku habiskan cerita Cz semester lima. HAHA.
Thanks for viewing + scrolling :PP
Next entry. akan ku cerita tentang semester akhir !