Sunday, April 27, 2014

Cerita tak habis

Haloooo. Assalamualaikum.
Aku tak habis citer pon tentang sem lepas an.
Tau tau laa ni (sekarang ni) aku da habis semester enammm. Yeayy! Hikhik ^o^

(Segarkan otak)
Kisah permulaan semester 5 aku dibuka lembaran di Langkawi. Banyak nau kisah kat sana actually. Tiba sana hujan. Naim muntah muntah loya tekak. Sebelum tu, tiba kat Jeti Kuala Perlis kami terus pilih amek pakej yg ikut bajet. Maka, kami telah mengambil keputusan amek pakej rm150 which is include transport, motel and island hoping. Bersakan di sana 3D 2N. Ewah~~ 


__________________________________________________________________________________

Next event, Family Day satu course aku. Diploma in Accounting Information System. Cz (kelas aku) lead untuk event ni. Motif adalah untuk mengeratkan silaturrahim each other gitu. Kitorang pilih hari Jumaat untuk menjayakan event ni atas sebab satu course aku dari kelas A sampai F tiada kelas hari Jumaat. WOOOHA !






Kelas aku lead. Nak nampak lagi eratnya kami ni, Cz bahagikan tugas ikut kelas. So, setiap kelas ada tugas masing masing. Kelas A & B bahagian makanan (breakfast & lunch), C & D (games), E & F (hadiah). So this is fare and square. Hikhik. Alhamdulillah. great first event di mana Tuan Rektor pon join sekali. *Bangga Kejap. :P
Disebabkan Jumaat itu hari penghulu segala hari, kami akhiri event DAIS ESCAPE DAY pada jam 12 tengah hari. Terima Kasih kepada semua dak dak DAIS sudi terlibat dan kongsi keriangan bersama :*

__________________________________________________________________________________

Next, Iftar. Iftar ni adalah upacara wajib setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Kelas aku akan cari satu tarikh dan hari di mana semua ahli Cz berkelapangan untuk attend Iftar. (Majlis Berbuka Puasa)







Tahun lepas, 2013 adalah tahun terakhir sambut Ramadhan bersama. Kami pilih tempat D'Dapur Ibuku Kangar. Setiap tahun sebenarnya lain lain tempat dan lain lain menu juga. Bila teringat balik, tempat masa part 1 kami berbuka bersama adalah kat KFC. Time baru abis Kesat (KOKO). dan.... sambut majlis perpisahan Amalina. :'(( See ! Dari part 1 lagi sebenarnya kita mula NGAM n masyukkk, Cz ! :DD

_________________________________________________________________________________

Lepas Ramadhan? sYAWAL ! yEAYY! Ahaa.
Sempat jugak bebudak lelaki ajak main bunga api + mercun ramai ramai
Maka dengan ini. Kami nekad, lepas solat tarawikh p main kat sebelah gate B uitm. Mampos kalau main dalam uitm. ada yg kene tangkap. silap silap pak guard pon join main. HAHA.Sporting habis malam tu. Dengan gaya Amy yang slumber balik PI tak bukak telekung teros join. Cz Power ! *angkat muscle*




Video akhir tu paling tak boleh bla. Ajet ajet nak buat ucapan raya dengan berlatarkan bunga api yang power, at last dapat nampak muka bangunan kedai je. HAHA. Kira terbaik ah ni. Cz Power ! (sukahati aku la nak ulang banyak kali Power ! )

___________________________________________________________________________________

Last event for 5th semester. Raya ! Sakan sangat event ni ! Sewa 5 kereta. Pastu ada conflict bahawa kononnya tanak raya sama ngan group kelas lain. KAHKAHKAH ! Aku la tu orangnya :PP Tapi sebenranya, cekendels je. tade apa :P Sakan raya sampai ke Kedah naa. Trip konvoi sampai 5 kereta ni aku rasa syok + bahagia sangat. 

Sebelum hari kejadian tu, semua Cz kene pilih nombor. Sebab tanak puak kononnya. Nombor tu ikut kereta. 1 kereta min 4 org, max 5 org. HAA. Aku rasa buat cara nombor tu cukup adil sangat. Sebab semua sebenarnya tak puak puak pon. Hahahah.



Sir Afiq's House

Sir Alias's House
Sir Alias's House (Indoor)

Sir Alias's House (Outdoor)

Firdaus's Aunty House

Madam Syafinaz's House

Photoshoot Cz !
Seee ! Meriah sakan woahh! 5 kereta. N see. aku dapat nombor 5. kereta aku dipenuhi jejaka jejaka kacak. (kalau perasan, aku paling kacak dalam kereta tu!) Paling best raya rumah Sir Alias. sebab Sir sediakan bilik lelaki dan perempuan untuk solat dan rehat. Ya Allah, rasa sedih masa nak balik lambai kat Sir. :( Moga tahun ni kami dapat beraya sama lagi ke utara :)) Rakan rakan, abang kakak adik anak Cz, Terima Kasih untuk cerita yang kita coretkan bersama. 

Alhamdulillah. Dapat jugak aku habiskan cerita Cz semester lima. HAHA.

Thanks for viewing + scrolling :PP
Next entry. akan ku cerita tentang semester akhir !



Thursday, October 24, 2013

SEM 5 - Langkawi

Tarik nafas. hembus sikit sikit. fuhh fuhh.
Entri yang tadi tu mukadimah dulu.( sem lima sudah )
Ni aku nak habaq. benda lama tersimpan terbuku dari lubuk hati sanubari. ewah~

Perjalanan ke Langkawi sebenarnya lama sudah dirancang.
Tapi tatkala itu. Musim hujan sedang berlangsung dengan hebatnya di kawasan utara.
Dipendekkan cerita, hati kami masih meragui untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi tu.
Tapi, berbekalkan semangat berkobar kobar, kami teruskan juga pergi ke Jeti tanpa perancangan yang betul dari segi penginapan, kenderaan dan sebagainya (pakej).

So, minggu pertama kuliah, pada hari khamis (tak ingat bpe hb), kami gerak jam 4 ptg ke jeti Kuala Perlis.













oh , sem lima sudah

Serious talk bebeh. Sem Lima da woi!
Yeah!
Dulu rasa tak sabar nak habis.
Dulu konon duduk rumah paling best.
Dulu bagai nak rak kira tarikh nak cuti.

Kini.
Apa plan sem ni woi?
Korang watpe weekend ni?
Jom lepak , konvoi , jejalan bagai.

Haaa.
Ikatan persahabatan mula terbentuk
Semakin erat dari semseter ke semester

Part 1 malu malu anjing semua.
Jelir jelir lidah konon sopan tanak bertegur

Part 2 gelak gelak sembang
Masih lagi berpuak ikut geng memasing

Part 3 mula pecah group
Da mula masuk daftar geng Cz

Part 4 habis berpecah
Group bercampur lelaki dan perempuan
Tiada lagi isu perkauman dan perpuakan

Part 5 gelak terbahak benda biasa
Mulakan trip beramai ramai
Ikatan sahabat berkembang
Seluruh fakulti menjadi erat


Sunday, July 14, 2013

dewasa sikit

Aku okay. aku dah besar.








perjalanan , pengembaraan, penerokaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata kata. hanya perasaan yang terungkap. Gembira. Seronok. Puas! itu pasti. one family. one big love!
(to be continued)

Tuesday, June 4, 2013

Over the seas

kringgggggggggggggg!
cuti berbaki 3 hari.

Assalamualaikum *,-
Jyeah! Kali ni aku bercuti bersama keluarga tercinta. sebenarnya, hari hari aku bercuti bersama mereka dalam musim cuti semester ni. Ini kali, keluarga tersayang, tercinta muahmuah membawa trip bercuti ke luar negara. (overseas gitu) ceh. -,- Kami, whole family tambah seri lagi bersama cousin aku sekali (Syera dan  Abg Hakim) berjimba bersama ke Universal Studio Singapore. Yeah! perasaan teruja, jakun, gembira dan semua benda positif amat kental ketika itu. haha.



Dengan hanya menaiki bas dari JB Sentral, terus ke Imigresen Johor kat Senai. cek barang. Kemudian naik semula bas yang sama menuju ke Imigresen Singapore untuk check-in ke dalam negara tersebut dan akhirnya menuju naik eskalator terus ke Universal Studio, Singapore. Benda pertama kami nampak dan terus menangkap gambar ialah ...



Then, kitorang semua diwajibkan 'buang air' dulu.takot takot tak jumpa tandas sepanjang perjalanan nanti. Then, meneruskan perjalanan.. -dalam gambar ada lagu dan lirik-

terlihat bangunan ni, teringat terus pada Amni ;')

watak pertama bergambar denganku




perhati betul betul. kaler merah dan kaler biru. di mana kedudukannya.

Mummy Mia



Transformer . AWESOME !

Game.
Paling seronok main semua permainan yang disediakan. Lebih lebih lagi ROLLER COASTER ! Sumpah! Ini kisah benar! Ada dua choice. merah dan biru. merah tak berapa nak teruja. biru tu gempak. sbb laluan tu atas kepala kita. Dia punya extreme tu, kemain oi. bayangkan perasaan anda pabila kepala di bawah, kaki di atas. nasib tak pening. hahahaha. Banyak gak tempat yang ada roller coaster. yang aku cakap ada 2 pilihan ni roller coaster utama.
Kat Transformer, Mummymia, Jurassic Park pon ada roller coaster. Yang syok masuk bahagian Transformer. sumpah cool gila. tak terkata. aku naik kereta BubbleB kot.pastu lawan robot jahat. wakakakaka. Tempat lain macam Far Far Away, Madagascar, The Lost World sume ada aktiviti gak. aktiviti sume berbeza. Dan aku nak cakap ! ini perjalanan paling hebat sekali. dan aku mengimpikan untuk ke Disneyland Hong Kong lak. wakakakka. berangan. -,-

Jurrasic Park



kami dapat makan free. menu; nasi berlauk rendang/kari/sambal

Far Far Away. tengok dan feel cerita shrek. 

nak lihat dan amek 'feel' citer shrek kene pakai spec 4D
Badut. Patung. Watak.
Untuk semua patung patung dan watak kartun tu kene beratuq panjang baq hang semata mata nak amek gambaq ngan depa tau. -,- dan. aku mengelat. kahkahkah. bila jumpa je aku follow je diorang tu dan beratuq jadi 1st sekali. bangunan kat situ gaya nak real jep. lawa lawa. kreatif betol pemilik USS ni.




nama bangunan dan kawasan ni, Far Far Away ~~


Berakhir sudah ceritera pengembaraan aku bersama keluarga di 'overseas'. hahaks. Lastly, kami pulang dengan naik bas yang sama pada jam 7.30 petang. tiba di Malaysia (ewahh) jam 8.45 malam. terus mengisi perut yang lapar di umah pak Ndak. kaki yang lenguh perlu berehat. lenguh, penat, letih, tapi puas ! dalam sehari je da tak feel sakit sakit. kahkahkahkah


hanya mampu pegang. -,-