setelah hampir 5 bulan aku berkhidmat sebagai pembantu jualan di Kedai Buku Gemilang Anakku, akhirnya,... pada 10 Mei 2011, aku meletakkan jawatan ku. Selepas tamat sahaja menjawab kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu kertas Prinsip Perakaunan.. aku terus ditawarkan bekerja di situ. Pelbagai ujian, dugaan dan cabaran aku lalui dan tempuhi sepanjang bekerja di situ. Alhamdulillah, aku tetap bertahan dgn bekerja di 1 tempat sahaja. perkara inilah mengajarku erti kesabaran, ketabahan, kekuatan untuk terus baerkhidmat bersama pengguna. semua ini adalah pengalaman yang menarik bagiku :)
Sebelum berpisah,. aku, faziela, dan amira (staff KLIA) yang bakal berhenti diraikan dalam malam Perpisahan bersama staff yang lain dan majikan kami. Peristiwa ini dilakukan di restoran Pizza Hut, Nilai..
Kenangan terindah ini akan ku semat di dalam memori ingatan ku. x kan ku lupa jasa baik majikan ku, Kak G. (Pn. Fauziah). :)