Tuesday, May 8, 2012

zaman berpangkat

Dalam sesebuah negara mesti ada seorang pemimpin, dalam sesebuah kementerian juga ada pemimpin, dalam kumpulan mahupun keluarga pasti ada pemimpin. Senang cerita, dalam setiap aspek pentadbiran, pastinya ada ketua yang akan konduk kita. Sekiranya pemimpin itu lemah, maka lemahlah ahli pasukannya. *mantap x pendahuluan?


Sejak di bangku sekolah aku telah memegang jawatan yang agak tinggi di mata kanak2 dolu2. HOHO. sekolah rendah, darjah 1 aku pegang Penolong Ketua Kelas, darjah 2 Pen. Ketua Kebersihan, darjah 3 Pen Ketua Kebersihan darjah 4 Pen Ketua Kelas, darjah 5&6 Pengawas Sekolah. SEE! Senakal-nakal aku pon cikgu nak pilih aku. HOHO. 

Naik peringkat sekolah menengah lak, form 1 Pen Ket Kelas (sebelum rombakan kelas), form 2 Ketua Budak Baik, form 3 Pen Ket Kelas, form 4 Ketua Gosssip, form 5 Pengawas Sekolah. lagi sekali diberi mandat kepercayaan oleh pihak sekolah. HOHO. act, sebenarnya nasib je pegang jawatan time muda2 ni. huhuu ^^
zaman form 5 bersama semua Pengawas dalam kelas. 

Tiba peringkat Universiti, alhamdulillah sekali lagi aku dipilih atas sokongan penduduk aras 1 kolej ku, sebagai Ketua Aras mereka sepanjang semester satu. semester dua pula, aku dinaikkan dengan memegang jawatan biro Penerbitan dan Informasi. InsyaAllah, untuk semester tiga akan datang aku bakal memegang jawatan Pembantu Minggu Destini Siswa intake Jun 2012. =) 
blazer yang mahal ni hanya sempat aku pakai sepanjang 2 sem je. sekarang nak watpe ngan blazer ni?

cuba cari aku!

Semakin lama, semakin berat tanggungjawab aku. Dulu zaman sekolah, semua perkara boleh bergantung ngan cikgu lagi. Tiba life kat Universiti, perghhh! meeting sana sini. x lekang untuk duduk diam aku. Nasib meeting x buat time kelas, tapi meeting salu abes kul 2 3 pagi. acane tu? ya, sesungguhnya pengurursan masa sangat penting!  event kene decorate sendiri, then kene minta lulusan dari pihak atasan seperti contoh rektor! kalau event x diluluskan, maka markah aktiviti kolej kami akan berkurangan. huhu ^^

Disebabkan terdapat beberapa kekangan masalah yang berlaku, aku terpaksa resign dengan erti kata lain quit sebagai JPK. Aku tidak dapat bertahan lagi dalam organisasi ini kerana ianya sangat besar dugaannya malah hidupku terasa tercabar. ya! sememangnya life di medan universiti ini kene bijak dan pandai berdikari serta menguruskan masa. Akan tetapi, result aku semakin merosot dalam semester dua hari tu. aku tidak dapat meneruskan jawatan ni. *buat kawan kawan JPK, aku tetap merindui saat kita bersama,bergaduh,bersatu,dalam mengerah idea untuk aktiviti kolej kita. maafkan aku! jatuh bangun tergolek terpelanting kita bersama dulu. apapun JPK DAHLIA II MUMTAZZZ.

At last.. kini aku tidak lagi berpangkat. kita pun tau kan? Pangkat kita kat dunia ni tak bawa ke mana pun nanti kat akhirat. jadi, apa yang bawa kita ke akhirat? hanya 3 perkara. renung-renungkan dan selamat beramal. ^^ 

kini tidak lagi aku pakai tag POPIA. ah! aku sangat rindu panggilan POPIA tu.
kini tidak lagi ada DINNER yang hebat 
kini tidak lagi kita bermain bersama macam dulu dulu
kini tidak lagi kene denda datang MEETING lambat dan berbincang  dengan gelak tawa

Kini tidak lagi ada.... 
MASKOT yang comel *_*