Monday, July 30, 2012

Semester TIGA, part 3; SUKOL

SUKOL [Sukan Kolej 2012]

SUKOL telah diadakan pada 1 Julai 2012. permianan yang dipertandingkan disenaraikan seperti gambar rajah di bawah.


Aku telah mewakili badminton untuk kolej aku, (kolej DAHLIA II). 
Perlawanan badminton berlangsung pada 8 Julai 2012 di Dewan Sivil @ Dewan Majlis Perbandaran Kangar. tp padahal dewan tu dok kat arau jep. hehe. Perlawanan berformat seperti ala-ala Piala Thomas. Perlawan pertama kami menang tanpa bertanding sebab NR (Non Resident) tak hantar wakil. maka dengan itu, perlawanan aku utk semi-final berlangsung pada jam 12 tgh hari. Semi-Final, kolej aku menentang kolej Kesinai 4 yang sebelum ini  memang bermusuhan dengan kolej aku akibat dari perlawanan bola jaring pada 1 Julai lepas. pada semi-final aku telah tewas.oh lupa! Aku mewakili pemain SINGLE dalam perlawanan ini. agak semput nak kejar waktu tu! HUHHH =="



para penyokong DAHLIA II











Untuk mengatasi terus kalah dan merudum, 2 pasukan pemain utk bergu pula menentang dengan hebat! Maka, kami juarai semi-final!


ketua sorakan

 Pada sebelah petang pula, kami main untuk Final dengan menentang Dahlia 1.(kolej budak junior) :P
Pada set pertama, aku menang.kemudian, kalah. untuk set terakhir YES! AKU MENANG.ALHAMDULILLAH :'D
Seterusnya kami bangkit lagi untuk 2 pemain bergu. pada mata ke 11 semasa kolej aku menang, pasukan Dahlia 1 tarik diri. maka, perlawanan diteruskan dengan bergu kedua. dan lastly.... kami MENANG!



Paukan DAHLIA II
PEMAIN BADMINTON SISWA DAN SISWI.
(kolej DAHLIA II yg kaler biru tu hantar pasukan sorak je lebih.HAHA)


*kolej yang kalah da balik dulu~~



*sepanjang perlawanan aku bersama Annis bertegang suara untuk sorak pasukan kolej aku. 
sampaikan budak2 kolej CENGAL (kolej siswa) tiru sorakan kami. HUH HAA' HO YEAH!! 
selepas saja, kami mendapat mata, aku akan bersorak kuat!