Setelah sekian lama merancang, akhirnya hajat kami terlaksana. YES! Kami berempat.
Pada asalnya, macam2 aktiviti yg dirancang. tapi yg terlaksana cuma dua jep. haishh =="
Trip kami ke KP sempena meraikan Hari Malaysia (15/9/2012). HAHA.
Mula-mula, Annis ajak makan steamboat, pergi karok, amek gambar kat Kuala Perlis.
Setelah sampai Kuala Perlis, hanya ada ikan bakaqq jep. Ala-ala gaya macam foreigner, kitorang tanya la kat satu2 kedai yg ada sekitar KP (Kuala Perlis) tu.. Majoriti rakyat situ habaq, stemaboat hanya ada di Kangaqq jep. maka, berpatah balik la kami.. HAHA.
sempat gak melihatkan matahari terbenam di Kuala Perlis.
Setelah itu, terjumpa pula kereta kuda kat KP. Dengan spotannya, kami pon terus melulu ke kuda tersebut.
satu kepala= rm5
Dah puas bergambar, merempit pula ke Kangaqq. mencari steamboat idaman Annis. HAHA
Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Maka, kami singgah dahulu ke surau yg berdekatan. Perjalanan yg lama akibat tersesat dua kali. Ini semua akibat x reti baca signboard. puihh =="
| Hajatnya tercapai -Annis- |
.

