setelah dok berbincang bincag n sampai ada penambahan dalam planning bagai, akhirnya impian terlaksana. kami berempat.. yeah! geng aku la. (Irny, Arifah & Annis) kitorang memang da lama dok planning nak gi jalan2. kejap nak gi Genting la, gi Melaka la, macam2 la.. sebagai permulaan bercuti, maka amek tempat yang dekat dulu nak bercuti iaitu Malacca. tempat tanah tumpah darah Annis nye pon ter ber.
Permulaan trip kami... 31 okt 2012
lebih kurang jam 9 a.m Irny tiba di Pudu. Ifa gerak dulu ke Pudu. Aku terlepas satu train erl nk ke BTS akibat ramai bangat. x pasal2, aku yang menyebabkan keadaan menjadi lewat. maaf ya kengkawan. Then, kul 11 lbh baru kitorang gerak ke Melaka. Perjalanan yang mengambil masa sejam, membuatkan kami selamat tiba di depan pagar umah Annis jam 12 lbh
Lunch , solat zohor settle. ------> Bergerak lak ke A'Famosa.
survey tiket. yang dok pakai sari biru tu, ada photoshoot.
at Dataran Pahlawan pada malamnya
Akibat hujan yang amat lebat, kami terpaksa buat plan B. malam tu, ayah Annis bawak kami tunjuk jalan ke Pusat Bandar. dalam perjalanan pergi, aku masih segar. tiba perjalanan pulang... krohhh krohhh -___-
Hari kedua, 1 nov 2012
jam 9 a.m kami da gerak ke Dataran Pahlawan.
bergambar jep.
x mampu nak naik beca ni pusing Melaka. mahal wooo! RM1 utk pengambaran atas beca ya
panjat tangga St. Paul
Malacca. the history place!
kuda polis traffic
bangunan Taming Sari
kami naik Menara Taming Sari!! ^_^
sudut pandangan dari atas Menara Taming Sari
model Mahkota Parade
lunch at McD
B-O-W-L-I-N-G
Hari ketiga, 2 nov 2012
sepanjang siang hari tu kami mandi manda kat Melaka Wonderland. maaf tiada gambar sbb aku malas nak jaga barang. even phone + purse aku pon tinggal dalam kete. heee.
Malam tu, parents Annis & family mak ngah dia wat BBQ. pada mulanya, nak buat kat Pengkalan Balak, tapi hujan yang teramat lebat terpaksa kami berpatah balik semula ke umah Annis. kitorang wat BBQ kat depan umah mak ngah.
Hari keempat ,3 nov 2012
aku, ifa n irny bertolak pulang dari umah Annis jam 9 a.m.
our next trip? G.E.N.T.I.N.G! weeeeeeeeeee~~ ^_^
