Tuesday, April 30, 2013

dah .... tiba masa!

huihuihuihui. Hollllla. Assalamualaikum. ;)

hip hip HOOORRRRAAYY! hip hip HOOORRRAAAYYYYY! *one more time* hip hip HOOORRRAAYYY!

Bahagia itu sudah tentu. masa yang sama, lubuk hati ni terpendam duka dan kecewa. Bahagia aku meraikan cuti semester yang panjang. Bahagia aku mengira detik mahu graduasi. Bahagia aku! Sedih, Duka & Kecewa. Sedih tidak yakin dengan keputusan peperiksaan nanti. Duka aku dengan sifat sendiri. Kecewa atas keputusan permohonan **.

Pada mulanya, alahai pelbagai perancangan la yang aku buat. nak keje la kononya. Bila dapat keje nanti, nak wat overtime banyak banyak la. Pastu nak melepak ngan geng la. HAHA. semuanya kelaut! ==" dan...
Pada akhirnya, semua tak menjadi. Umi soh keje ngan dia je. kemas umah, basoh bilik air, putihkan muka. blerghh -,- tapi.. bila ada event, semua aku nak gi! HAHA. 

24 April 2013. Amy & Nawwal buat surprise. Mereka datang umah. Gi survey varsity, pastu jalan kat Alamanda. Jadilah KlikGirls hari itu. (:


25 April 2013. Alamanda lagi. Aku plan nak keluar ramai2. Tp aku tak sure bape ramai yg cuti. Lahaiii, aku pon plan saja saja jep, malas nak post kat FB. Aku kuar ngan Tira, Faziela, Nashrul, Reza, Faeiz. 2 kereta. kereta lelaki dan kereta perempuan. ewahh~~ 

nashrul tukang amek gambo

lepas makan, terjumpa kerol. ehh. #tangandidadamatadiatas#



nak amek berkat kecerahan muka tu haaa. HAHA
29 April 2013. Pesta Buku @ Bookfair. jyeahh! Aku gi Keyel wey. Asalnya, nak gi dengan amni, miza, yana, siti, faziela, tira. haaa, kemain ramai tak tu? HAHA. amni da keje, miza gi  Uitm atas urusan seri paduka baginda, faziela sakit mata, siti tak reti nak balik, tira kene jaga umah. sooo, yana je free. (: haaa, kat sana hanya duit pengangkutan je aku guna. total pergi balik dari erl salak tinggu sampai BTS rm11.60 (guna kad siswa), then lrt BTS sampai lrt PWTC rm2.40. maka, total rm14. Buku? guna voucher laa. heee.

pergi dengan Yana.
jumpa Pina kat PWTC terus.
nampak Lisa kat booth Utusan. *Lisa kerja situ* ewahh
30April 2013. Majlis Anugerah Cemerlang 2012 di SMK BBST. Tahniah lagi untuk adik aku atas keputusan cemerlang PMR dia aritu. kaya haaa dia tu. sekola da macam macam. persembahan diorang pon menarik. tapi aku tak tengok sampai habis. persembahan 1st pon terlepas. HAHA. persembahan terakhir lak aku da balik. HOHO

persembahan tarian

tuuu, budak tudung pink pernah masuk Idola Kecil

ini gamelan yang mengiringi majlis penyampaian anugerah

eh, adik gua. HAHA
Ada lagi event sebenarnya sepanjang cuti ni. aku update lagi nanti. HAHA :D