assalamualaikum kaliannnn sekaliannnn.
Tenangkan diri anda. Bismillahhirrahmannirrahim. Al-Fatihah.
Kita semua umat memang sudah sedia maklum, setiap yang hidup pasti akan mati. Jangka hayat kita pun tak boleh dijangka. Semua ini urusan Tuhan. Jodoh, maut, rezeki kita telah ditetapkan dalam kehidupan kita. Kita perlu berDoa, berUsaha, berIstiqamah dan berTawakal untuk yang terbaik. Dan.. kita juga harus tabah, sabar, kuat dengan setiap ujian dan dugaan yang Tuhan beri.
Tanggal 30 April 2013,
nenda sahabat aku telah pulang ke rahmatullah. Sungguh menduka citakan. Sahabat aku ni terlalu rapat dengan neneknya. Aku pasti dia mesti cucu kesayangan neneknya itu. Dia juga dibesarkan oleh nenek. Sepanjang neneknya berada di hospital, dia lah yang menjaga neneknya. Perancangannya untuk bekerja cuti sem ini tidak dapat diteruskan. Pengorbanannya tentu ikhlas. Aku pasti. Kerana dia bukan jenis yang ingkar pada orang tua, dia juga seorang penyayang. Tak mungkin dia menganggap kerja kerja menjaga neneknya di hospital itu adalah sesuatu yang membebankan. Aku tabik kau, sahabat! Sebab kau seorang lelaki! Jarang aku jumpa manusia berjantina lelaki mahu menghabiskan masanya di hospital.
Shabat aku ni, sentiasa sahaja mukanya ceria. Buat lawak. Bahan orang. Gelakkan orang. Hobi dia. Cara dia da sebati ngan aku. Aku pon boleh masuk dengan dia. Dia kalu dok diam , mesti aku rasa pelik. Lain macam. Aku lak akan tanya, 'kau ada masalh ke wey?' 'kau pehal arini?' tapi jawapan dia mesti 'eh, tade apa la.' 'mana ada papae, aku okay jela'. Tak pernah pula dia mengatakan dia ada masalah. Aku happy. Kalu dia tade kat kelas, konpem senyap. sunyi. bisu.
Untukmu, sahabat!
Aku tahu kau kuat! Aku tahu kau gagah. Atas ujian ini, aku juga dapat rasa yang kau pasti sedih kehilangan insan yang kau sayang. Luqman, Allah sangat sayangkan nenda kau. Allah juga sayangkan kau! Dia sayangkan nenek sebab tu dia tarik nyawa nenek. Dia sayangkan kau sebab tu dia bagi ujian besar kat kau. Kau kene sentiasa berdoa agar nenek ditempatkan di kalangan orang beriman. moga nenek tidak mendapat seksaan azab api neraka. mohon dijauhkan. sedekahkan Al-Fatihah pada dia.
Aku minta maaf tak dapat melawat kau. Next sem, aku harap aku takkan nampak muka sedih dari kau. aku takkan nampak yang kau berdiam diri sahaja. aku takkan nampak yang kau akan sendirian. KliKami sentiasa ada untuk kau. Take care, kawan! Sehingga kita jumpa lagi! :)



