Lai lai lai lai lai.
Assalamualaikum semua pembaca tatapan kisah bisu aku. ^^
Sihat kah anda? (kali pertama aku bertanya kesihatan kalian kan)
Keputusan peperiksaan UiTM telah diumumkan pada hari Khamis, bertarikh 9 Mei 2013.
Yes. Ia semestinya hari yang mendebarkan, mencuakkan, menakutkan. Aku pasti, ramai yang sudah berusaha sungguh sungguh, berpulun habis untuk buat yang terbaik. Pada akhirnya adalah bertawakal kepada Maha Esa. Segala keputusan yang diterima perlu redha dan bersyukur. Tak kira anda lulus mahupun gagal, syukur itu pasti.
Pagi pagi jam 5 aku tersedar dari tidur yang nyenyak.
Aku terus meneliti telefon bimbit. Aku tatap ia dengan penuh lama. Aku mula 'refresh' emel Yahoo aku. Terpapar emel dari UiTM. Maka aku menyentuh skrin, klik pada emel tersebut. scroolll punye scroll punya scroll punya scroll down! Aku terlihat pada GPA. seceput. amat sikit. Hati mula sakit. Bagai dirobek robek. Last, scroll untuk tatapan subjek. Di tengah jadual subjek itu, aku GAGAL. Mula bergenang air mata.
(aku malas nak print screen. untuk student UiTM, mungkin mereka faham la kot. ehek :P)
Dan kemudian itu, aku mengetuk perlahan pintu bilik umi. Mengejutkan umi terus pagi pagi itu. Aku memeluk umi dan terus mencurahkan tangisanku. Semakin galak pulak aku menangis dalam dakapan umi. Umi tempat aku luahkan isi hati ni. Umi terus menyahut dakapan ku dengan makin erat. Umi menguatkan diriku tatkala itu. Nasihat, leteran, bebelan harus aku terima ketika itu. Mungkin umi juga tidak dapat terima keputusan itu.
![]() |
| Umi dan Ayah |
Pagi itu jam 8 lepak breakfast bersama Amni dan Miza. Aku seperti tidak tahu apa apa tentang result aku. Maafkan aku Miza, Amni sebab aku langsung tak bagitahu korang. Aku masih kecewa ketika itu. :(
| aku , miza, amni |
Pulang ke rumah. Aku gagahkan diri. Tapi aku masih gagal untuk terima hakikat itu. Aku minta nasihat dari rakan rakan. Terutama dari Klikami. yes! Mereka sangat tidak mengecewakan. Nawwal, Luqman, Zul bagi aku semangat, spirit, inspirasi. Malah, aku siap kene 'high sound' ngan Luqman. HAHA.
![]() |
| Klikami Klikami sebab aku dapat A untuk Bel. ehek |
Tengah hari, aku mendapatkan khidmat nasihat jiwa sikit dari Kak Mira. (ex-president Dahlia II).
Dia meminta aku bersabar. Katanya begini,,,
"Tuhan bagi Naz ujian. Naz cuba fikir kalau Naz sentiasa berjaya, tade repeat. Apa jadi dengan Naz. Mungkin Naz akan jadi riak? Lupa pada Allah. Allah nak kita dekat dengan Dia. Dia nak kita selalu minta minta dan berdoa padaNya. Jangan lupa, setiap yang kita minta tu, kita juga perlu berusaha untuk mendapatkannya. Tuhan sayangkan sangat sangat kat Naz. Dia nak Naz dekatkan lagi kita dengan Dia. Sentiasa lah basahkan bibir brzikir untuk ketenangan. Tabahkan diri. Allah sayang pada hambaNya yang sentiasa bersabar."
![]() |
| Kak Mira Kamarudin |
Sejuk hati dengar nasihat dari Kak Mira. Aku mula mencari identiti diri yang sebenar. Aku ini, hamba yang bagaimana? Aku ini manusia yang sentiasa alpa. Aku ni kadang menjadi riak. Aku ini kadang lupa ucap syukur atas nikmat yang Allah beri. Aku di bahagian yang teruk sekali. Aku cuba memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Aku ingin menjadi yang lebih baik.! InsyaAllah. (:


