Friday, May 3, 2013

Kelahiran

ninoninoninoninoninoninonino
Ambulans dengan pantas memecut kesemua kenderaan yang berada di muka jalan.

tok tok tok tok. Assalamualaikum :)

Dahulu. Tanggal 3 Mei 1993. Dekat Hospital. Atas katil bercadar kain putih. Lahirlah seorang bayi lelaki. Digunting tali pusatnya. Dibersihkan darah yang menyelaputi seluruh badannya. Diazankan. Disusukan. Didukung dengan penuh kehangatan, kelembutan, kasih sayang. Dengan penuh berhati hati, ditidurkan di dakapan. Setelah beberapa hari, dia diberi nama.....

Nik Muhammad Luqman Hakim Bin Anuar



YES! Lagi sekali aku citter pasal dia kat blog aku. Ini ikhlas dari hati. Korang wajib baca! Aku tak kira.

Perkenalan aku dengan dia bermula di UiTM Arau. Pada masa itu, semester satu aku amatlah tidak menyukai budak ni. Aku terasa amat annoying. Aku terasa dia ni kureng. Senget. Ada jugak cakap dia cacat. Kasihan. Mulanya aku rasa dia ni suka kawan dengan perempuan je. Kemana sahaja aku jalan, ada je terserempak dia berjalan dengan sekumpulan perempuan.














Lama kelamaan. Aku mula mengenali dia. Kenal sifat dia. Kenal gaya dia. Kenal cara dia. Dia peramah. Bab bahan orang, dia lah pakar. Dia senang untuk diluahkan cerita. Dia kalau gelak... boleh buat aku pon ikot terbahak sekali. BHAHAHA. Dia juga seorang lelaki yang aku kira,.. boleh dipercayai. Dia tepati masa kadang la. Dia suka becerita gak. Dia pon suka kenekan orang. Aku ni salu gak la terkena. Tapi aku tak kisah. Malah aku pon boleh geli hati bila dia buat aku macammacam. :P Kalu study kat library... agak agak aku boring, dia lah mangsa aku. Aku bawak dia teman aku gi online. HOHO.


Untuk kau!

Luqman. Man. Budianto

Wey, aku ikhlas kawan dengan kau. Kau jenis tak kisah. Aku suka style kau. Aku nak kau salu ceria, gelak gelak, bahagia. Kita anak beranak akan sentiasa bahagia kat Arau tuu. Ewah~~ haha. Wey, aku rasa,, sebab kau la aku bole masuk, rapat, ngam dengan satu kelas kita. Aku tabik spring panjang gulong gulong kat kau! Sebab kau jugak, aku mula reti guna 'Gua' 'Lu' bagai. Aku belajar kat tweet kau. HAHA. Untuk hari kelahiran kau ni, ,,



                       - Semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah setiap masa

- Semoga jodoh kau bersama Nurzatul Ain kekal abadi hingga akhir hayat malah hingga ke syurga

- Semoga kau dapat capai impian, harapan, cita cita kau
- Semoga kau hidup dalam keadaan tenang, diredhai Allah
- Be Happy, Be strong, Be buddies!